KaryaKu
Untukmu Duhai ibu tersayang
Di Kamar yang sepi itu,
Ku lihat Ibu terbaring lemah,
Kelopak matanya bergerak-gerak,
Meratap nasib ditinggalkan
Si Anak...
IBU
Insan teristimewa selain dari ayah,
Yang hadir dalam hidupku,
Dia yang mengandung dan melahirkanku,
Dia yang memberiku kasih sayang
Dia yang memberiku seteguk air susu,
Ketika aku dalam kehausan,
Dialah yang menjagaku hingga aku
Kenal erti hidup ini...
Tatkala subuh menjelang,
Kulihat ibu sujud di tikar sembahyang,
Dalam samar-samar cahaya ku renung
Wajah ibu yang Bercahaya,
Tenang sungguh hatimu duhai ibu...
Ketika ku jatuh sakit,
Ibu sentiasa berada disisi,
Setia menjaga dan menemaniku
Tanpa rasa jemu dan mengeluh...
Saat dugaan datang melanda,
Ibu begitu tabah menghadapinya,
Kerana ibu tahu,
Itu semua ujian dari-NYA....
IBU,
Pengorbanan mu sungguh bererti,
Kata cikgu,
Kasih ibu bisa membawa ke Syurga
Dan,
Syurga berada di bawah telapak kaki ibu,
IBU,
Pengorbanan mu untuk diriku,
Tidak terbayar dengan segunung Emas permata,
Ibu,
Ampunkan diriku sekiranya pernah
Melukai hatimu....
AKU SAYANG IBU...
Subscribe to:
Posts (Atom)